Monday, February 6, 2012

saya mahu berubah

saya mahu berubah..detik hati..20 tahun hidup sebagai seorang muslim.adakah saya benar2 mempraktikkan islam dalam kehidupan..adakah saya bersedia menghadapi hari kebangkitan?cukupkah amalan2 yang dilakukan.sedih perit tapi saya sangat yakin jawapanyya tidak..iman turun dan naik tapi hakikatnye banyak yg dibawah dari yang di atas.bila gembira,sedih saya ingat kepada pencipta tapi bila pada kebiasaanya?malu untuk mengaku tapi saya yakin jawapanya tidak.
saya mahu jadi anak yang baik.yang mampu menggembirakan ibu dan ayah.tapi saya yakin tiada apa yang lebih membuat mereka gembira daripada melihat anak mereka menjadi insan solehah.jadi kenapa dilengahkan niat untuk berubah..ape yang dinanti?perlukah amaran ajal datang baru hati ini tergerak untuk benar2 berubah.bilakah niat ini dapat dilaksanakan..

orang kata hidayah itu perlu dicari,bukan dinanti..mungkin yang menghalang adalah
  1. takut dgn pandangan orang sekeliling
  2. menutup aurat sepenuhnya tidak trendy
  3. menjaga batas dikatakan anti sosial
  4. menjadi lemah lembut dirasakan hipokrit
tetapi..secebis dr hati ini mengatakan
  • adakah pandangan manusia lagi penting dr yang maha esa
  • adakah trendy dan mendapat perhatian orang membawa ke syurga
  • kalau benar mereka sahabat sejati,mereka pasti disisi dan bergembira melihat perubahan saya.
  • hipokrit terlalu subjektif.adakah gelak terbahak2 mengilai itu menjadikan kita tidak hipokrit.
kekuatan saya..kedua ibu bapa saya.saya tidak mahu menarik ayah ke neraka kerana tingkah laku saya
saya tidak mahu ibu masih risaukan anaknya yang sudah berusia 20 tahun.
saya mahu jadi gadis itu:
  • yang mengatahu luar dalam tentang islam
  • yang tegas mempertahankan agamanya
  • yang menjaga batas pergaulanya
  • yang menjaga adab sopan dan tuturnya
  • yang menutup aurat sepenuhnya
dan banyak lagi..saya mahu jadi wanita hebat..saya mahu jadi seseorang yang mampu memberi inspirasi.saya Nik Idzni Dalila akan berjuang ke arah menjadi muslimah sejati..

Bismillahirrahmanirahim :)
Ya Allah,bantulah hambamu ini.
Share:

2 comments:

anati said...

Alhamdulillah Idzni. Alhamdulillah. Ati doakan Idzni, insyaAllah :')

nik idzni dalila said...

thanks ati..insyaAllah :)