Wednesday, August 3, 2011

ramadhan datang lagi

alhamdulillah.Allah berikan lagi kesempatan untuk bertemu ramadhan pada kali ini. 3 hari terlambat kerana kurang sihat tapi masih ok lah kan nak ucapkan ahlan wasahlan kpd bulan yang sangat mulia ini. semalam saya membaca satu berita mengenai pelajar yang koma di kaherah,fatin fasihah yang telah pergi bertemu pencipta kita semua. Al fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

pernahkah kita terfikir bila ajal akan menjemput kita?pernahkah kita terasa kita hidup dengan kurang kesedaran bahawa suatu hari nanti masa itu akan tiba juga.dan suatu hari itu boleh menjadi esok ataupun hari ini.takut,gentar tp sifat manusia yang mudah lupa.selang sehari dua kembali ke asal.mungkin kerana itulah tuhan tidak putus2 memberi peringatan kepada kita.gempa bumi yang dulunya hanya kedengaran selang tahun kini selang minggu.banjir,ribut dimerata2.keras sangatkah hati hambamu ini YA ALLAH. kenapa aku seakan bisa melihat tapi masih buta..hati seakan tersentuh tetapi tidak tergerak.

tiada siapa yang tidak mahukan syurga.jadi di bulan yang mulia ini YA ALLAH,bantulah hambamu untuk menjadi yang lebih baik..jernihkanlah hati yang mungkin sudah lama hitam tanpa aku sedari..jauhilah aku dari terlalu mengejar keduniaan.tunjukkanlah aku jalan Ya ALlah..jalan menuju redhaMu.bantulah aku Ya Allah.
Share: